12.24.08
BISNES INTERNET..???
Salam sejahtera
Hari ni saya ada terbaca petikan daripada
akhbar Utusan Malaysia berkenaan dengan ramalan 4,749
pekerja bakal diberhentikan pada tahun hadapan.
Saya terfikir, jika saya di tempat mereka, apakah
persediaan yang dapat saya lakukan ? Mungkin boleh
memulakan bisnes, tapi bisnes apa ? Berapa kosnya ?
Apa risikonya ?
Jika soalan itu ditanyakan kepada saya, jawapan yang
boleh saya beri adalah, bisnes internet. Ya, itulah
jawapan yang boleh saya bagi jika ditemu ramah. (^_^)
Kenapa saya memilih bisnes internet.?
faktor #1:
Menjimatkan kos.
Kos yang diperlukan untuk memulakan
bisnes internet ini amat kecil, iaitu sekitar RM500
dan ke bawah, mengikut jenis produk yang dijual.
faktor #2:
Risiko yang rendah.
Risiko menjalankan perniagaan
internet ini adalah lebih rendah berbanding perniagaan
konvensional yang lain.
faktor #3:
Menjimatkan masa.
Urusniaga melalui perniagaan internet
ini menjimatkan masa kita. Kita tak perlu bersengkang
mata terlalu lama, tidak perlu tergopoh-gapah hendak ke
pejabat. Kerana masa kerja kita hanya di depan komputer.
faktor #4:
Tahap keselesaan yang tinggi.
Anda tahu tak apa yang sedang saya lakukan sekarang ?
Apa baju yang saya pakai ? Saya buat kerja dari mana ?
Tak tahu kan ? (^_^) Itulah maksud saya keselesaan
yang tinggi. Pelanggan kita sentiasa di depan mata dan
penampilan bukanlah faktor yang penting.
faktor #5:
Terbukti lumayan.
Ya, bisnes internet ini terbukti
lumayan. Jika tidak, masakan Dr.Irfan Khairi boleh
menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di
internet.
Contoh lain adalah seperti seorang usahawan internet
dari barat bernama Michael Rasmussen. Beliau memperoleh
pendapatan sebanyak USD 381,195.06 di clickbank dalam
masa hanya 90 hari produknya dipasarkan di internet.
Lumayan bukan ?
Kepada pembaca sekalian, inilah faktor-faktor yang menyebabkan
bisnes internet ini begitu istimewa bagi saya.
Jadi, saya harap anda tidak teragak-agak untuk
memulakan bisnes internet anda sekarang ini ! Ya,
usah bertangguh kerana masa anda yang berharga
akan pergi begitu sahaja.
Sebelum itu, pastikan tuan/puan mengetahui dahulu
selok belok perniagaan internet sebelum anda
terjun ke dalam arena ini.
Jika anda sudah mempunyai bisnes internet
sendiri, tentunya anda sudah dapat merasai apa
yang saya rasakan bukan ?
Untuk mengetahui cara-cara, taktik, cabaran serta tips
dalam bisnes internet ini, anda bolehlah layari
12.23.08
Menjana Pendapatan Di Internet.?
PERCUMA! 13 Cara Pendapatan Internet
Download PERCUMA sekarang sebelum terlambat 13 Teknik Pendapatan Internet. Ebook oleh saudara Anwar Yassin. Download PERCUMA ini hanya dibuka oleh saudara Anwar sehingga 11.1.2009. Adakah anda ingin mulakan perniagaan internet tapi tak tahu caranya? ingin buat duit online secara PERCUMA?
Ramai yang inginkan pendapatan pasif melalui perniagaan online. Contoh perniagaan online ialah Free Download Malaysia e-Kamus dan Malaysia Cheapest Web Hosting. Tapi tahukah anda, dengan internet anda tidak perlukan sebarang perniagaan untuk mendapat pendapatan? Dengan ebook ini, anda di ajar 13 teknik pendapatan pasif secara PERCUMA! Seseorang jika ingin mulakan perniagaan atau mendapatkan pendapatan online perlukan research beberapa bulan untuk berjaya, namun tidak bagi anda..anda hanya perlukan ebook ini dan dalam sebulan anda sudah mampu menjaya pendapatan jika mengikut teknik yang diajar secara fokus. Ingat, pendapatan di internet tidak semestinya perlukan perniagaan di internet.
Rahsia seterusnya hanya akan diperolehi apabila anda membaca panduan pendapatan internet percuma ini :
|
|
Kubur terpanjang di Bumi
![]() |
Tembok Besar China dapat gelaran kerana ketika pembinaannya ramai pekerja terutama petani terkorban
BANYAK sudah dikisahkan oleh ramai penulis mengenai tempat-tempat menarik di Beijing, China yang menyimpan pelbagai kisah sejarah silam.
Tembok Besar China sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia sentiasa menggamit dan menarik pelancong ke negara itu yang kini mula muncul sebagai antara kuasa ekonomi dunia.
Kata orang, tidak lengkap kunjungan ke Beijing jika tidak ke Tembok Besar China. Justeru, semasa berkunjung bersama rakan2 baru-baru ini, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Tembok Besar China itu.
Sebaik tiba, yang terlintas di hati ialah tempat itu amat mengagumkan kerana tembok setegap dan panjang itu dapat dibina merentasi beberapa wilayah negara terbabit mencakupi hutan tebal di puncak pergunungan.
Akibat kesuntukan masa, kamiĀ menaiki kereta kabel dari kaki pergunungan hingga ke kawasan pintu masuk ke Tembok Besar China di Mutianyu itu.
![]() |
Ketika menjejakkan di Tembok Besar China, terbayang bagaimana bongkah batu yang begitu besar dan banyak di susun rapi dalam saiz yang hampir sama bagi membentuk tembok sepanjang 6,700 kilometer (km) itu.
Indahnya pemandangan dari Tembok Besar itu. Meskipun dalam cuaca yang agak dingin itu, kami berjalan beberapa ratus meter menikmati keunikan tembok itu.
Kami berkunjung pusat beli-belah untuk membeli ole-ole bagi dijadikan buah tangan apabila pulang nanti.
Sedikit masa yang terluang hanya mengizinkan kami ke pusat beli-belah di Silk Street, Chaoyang District yang jauhnya kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan. Cuaca sejuk mengizinkan kami berjalan kaki meskipun pada tengah hari.
![]() |
| Rakan saya ketika berada di Tembok Besar China. |
Masalah yang dihadapi di pusat beli-belah ini yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian, peralatan sukan, cenderahati, jam, mutiara dan barang elektronik termasuk telefon bimbit dan kamera, ialah tetap sama iaitu masalah bahasa.
Dengan sebahagian besar jurujual hanya mengetahui beberapa patah perkataan Inggeris, mesin kira menjadi penghubung dalam urusan tawar menawar dan jual beli untuk menyatakan harga yang mahu dijual atau dibeli.
Saya dimaklumkan penjual meletakkan harga permulaan yang tinggi terhadap semua barangan, dan pembeli harus memulakan proses tawar menawar pada harga 70 peratus lebih kurang daripada yang dinyatakan penjual.
Umpama ayam dan itik, itulah ibarat pertuturan antara penjual dan pembeli. Jurujualnya juga agak agresif hingga ada yang menarik tangan pengunjung yang mahu beredar dari kedai, untuk memastikan pengunjung berkenaan membeli barangan yang sudah ditawar.
Apapun, masalah bahasa tidak wajar dijadikan halangan ketika berada di Beijing. Bagi yang mahu berkunjung dan melawat ke pelbagai destinasi menarik di ibu kota China ini, mereka sewajarnya mendapatkan khidmat bantuan penterjemah.
Jika bernasib baik, boleh mendapatkan khidmat pemandu teksi yang boleh berturut bahasa Inggeris meskipun ini sesuatu yang sukar.
FAKTA: Tembok Besar China
- Kedudukannya kira-kira satu jam perjalanan dari Beijing.
Najib says : Hudud Hanya Slogan
maaf jika anda terasa ape yg saya ckp kn ini…
apa yang sy belajar stakat ini, hudud merupakan satu hukum dan ianya bukan sekadar slogan…
SLOGAN..??
slogan apa..???
saya ambil petikan ini daripada akhbar harian pada 23 Dec 2008…
KUALA LUMPUR: Pas sengaja membangkitkan semula isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas untuk dijadikan slogan politik menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Sambil menyifatkannya sebagai isu lapuk, Timbalan Perdana Menteri berkata, isu itu sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya, tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan Pas untuk melaksanakannya walaupun berpeluang memerintah beberapa negeri.
“Itu dah lama cerita tu, ini bukan perkara baru. Masa di Kelantan pun dia tidak buat lagi, di Terengganu pun dia tak buat. Jadi setiap kali timbul dijadikan sebagai isu,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan serta dialog bersama ulama dan umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kelmarin, yang berjanji parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negara melalui pilihan raya umum.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang ditemui pemberita di Kota Bharu pula berkata, Pas sedia berbincang dengan parti dalam Pakatan Rakyat mengenai hukum hudud.
“Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya,” kata Menteri Besar Kelantan itu.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar di Pulau Pinang menegaskan parti itu membantah pelaksanaan hukum hudud dan isu berkenaan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lalu.
Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri turut mempersoalkan mengapa isu itu tidak diperjuangkan Pas dalam manifestonya pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya parti itu memperjuangkan slogan negara kebajikan.
“Tetapi sekarang nampaknya pemimpin Pas bercakap mengenai pelaksanaan hukum hudud. Ini soal kredibiliti. Mereka menjadikan isu ini sebagai isu politik,” katanya.
saya bukan nak tunjuk pandai atau apa2…
ini soal hukum…
hukum diadili mahkamah..
bagaimana hukum Islam ni nk ‘diwujudkan’ kalau mahkamah guna hukum British n x stuju hukum Islam ni dikuat kuasakan…
adakah alasan Malaysia sebuah negara berbilang bangsa n agama dapat diterima hukum Islam diketepikan..??
renung2kanlah…
mcm mana nak wat ni..???




