12.23.08
Najib says : Hudud Hanya Slogan
maaf jika anda terasa ape yg saya ckp kn ini…
apa yang sy belajar stakat ini, hudud merupakan satu hukum dan ianya bukan sekadar slogan…
SLOGAN..??
slogan apa..???
saya ambil petikan ini daripada akhbar harian pada 23 Dec 2008…
KUALA LUMPUR: Pas sengaja membangkitkan semula isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas untuk dijadikan slogan politik menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Sambil menyifatkannya sebagai isu lapuk, Timbalan Perdana Menteri berkata, isu itu sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya, tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan Pas untuk melaksanakannya walaupun berpeluang memerintah beberapa negeri.
“Itu dah lama cerita tu, ini bukan perkara baru. Masa di Kelantan pun dia tidak buat lagi, di Terengganu pun dia tak buat. Jadi setiap kali timbul dijadikan sebagai isu,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan serta dialog bersama ulama dan umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kelmarin, yang berjanji parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negara melalui pilihan raya umum.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang ditemui pemberita di Kota Bharu pula berkata, Pas sedia berbincang dengan parti dalam Pakatan Rakyat mengenai hukum hudud.
“Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya,” kata Menteri Besar Kelantan itu.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar di Pulau Pinang menegaskan parti itu membantah pelaksanaan hukum hudud dan isu berkenaan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lalu.
Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri turut mempersoalkan mengapa isu itu tidak diperjuangkan Pas dalam manifestonya pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya parti itu memperjuangkan slogan negara kebajikan.
“Tetapi sekarang nampaknya pemimpin Pas bercakap mengenai pelaksanaan hukum hudud. Ini soal kredibiliti. Mereka menjadikan isu ini sebagai isu politik,” katanya.
saya bukan nak tunjuk pandai atau apa2…
ini soal hukum…
hukum diadili mahkamah..
bagaimana hukum Islam ni nk ‘diwujudkan’ kalau mahkamah guna hukum British n x stuju hukum Islam ni dikuat kuasakan…
adakah alasan Malaysia sebuah negara berbilang bangsa n agama dapat diterima hukum Islam diketepikan..??
renung2kanlah…