12.24.08
BISNES INTERNET..???
Salam sejahtera
Hari ni saya ada terbaca petikan daripada
akhbar Utusan Malaysia berkenaan dengan ramalan 4,749
pekerja bakal diberhentikan pada tahun hadapan.
Saya terfikir, jika saya di tempat mereka, apakah
persediaan yang dapat saya lakukan ? Mungkin boleh
memulakan bisnes, tapi bisnes apa ? Berapa kosnya ?
Apa risikonya ?
Jika soalan itu ditanyakan kepada saya, jawapan yang
boleh saya beri adalah, bisnes internet. Ya, itulah
jawapan yang boleh saya bagi jika ditemu ramah. (^_^)
Kenapa saya memilih bisnes internet.?
faktor #1:
Menjimatkan kos.
Kos yang diperlukan untuk memulakan
bisnes internet ini amat kecil, iaitu sekitar RM500
dan ke bawah, mengikut jenis produk yang dijual.
faktor #2:
Risiko yang rendah.
Risiko menjalankan perniagaan
internet ini adalah lebih rendah berbanding perniagaan
konvensional yang lain.
faktor #3:
Menjimatkan masa.
Urusniaga melalui perniagaan internet
ini menjimatkan masa kita. Kita tak perlu bersengkang
mata terlalu lama, tidak perlu tergopoh-gapah hendak ke
pejabat. Kerana masa kerja kita hanya di depan komputer.
faktor #4:
Tahap keselesaan yang tinggi.
Anda tahu tak apa yang sedang saya lakukan sekarang ?
Apa baju yang saya pakai ? Saya buat kerja dari mana ?
Tak tahu kan ? (^_^) Itulah maksud saya keselesaan
yang tinggi. Pelanggan kita sentiasa di depan mata dan
penampilan bukanlah faktor yang penting.
faktor #5:
Terbukti lumayan.
Ya, bisnes internet ini terbukti
lumayan. Jika tidak, masakan Dr.Irfan Khairi boleh
menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di
internet.
Contoh lain adalah seperti seorang usahawan internet
dari barat bernama Michael Rasmussen. Beliau memperoleh
pendapatan sebanyak USD 381,195.06 di clickbank dalam
masa hanya 90 hari produknya dipasarkan di internet.
Lumayan bukan ?
Kepada pembaca sekalian, inilah faktor-faktor yang menyebabkan
bisnes internet ini begitu istimewa bagi saya.
Jadi, saya harap anda tidak teragak-agak untuk
memulakan bisnes internet anda sekarang ini ! Ya,
usah bertangguh kerana masa anda yang berharga
akan pergi begitu sahaja.
Sebelum itu, pastikan tuan/puan mengetahui dahulu
selok belok perniagaan internet sebelum anda
terjun ke dalam arena ini.
Jika anda sudah mempunyai bisnes internet
sendiri, tentunya anda sudah dapat merasai apa
yang saya rasakan bukan ?
Untuk mengetahui cara-cara, taktik, cabaran serta tips
dalam bisnes internet ini, anda bolehlah layari